Blog Archive

Friday, January 23, 2009

Kebahagiaan Yang Dicari~~!!!!

Salam semua...thanks sbb sudi lagi kunjung blog sy..sy nk ceritakan tentang kebahagiaan yg dicari....saya akhirnya menemui kebahagiaan yg dicari dan kini saya rasa sungguh bahagia...saya amat berharap ini akan berkekalan selamanya insyaAllah....walaupon tiada kata yang diucapkan tetapi dari tingkahlaku da gaya cukup untuk meyakinkan saya bahawa saya akan diberi peluang...oleh itu saya berjanji pada diri saya agar menghargai dirinya dan sentiasa membuatnya gembira....insyaAllah....saya akan cuba memberi yg terbaik kepadanya....dan setia menunggu jawapan darinya..... buat kawan-kawanku hanya doa kuharap demi kebahagiaan ku ini....






Friday, November 7, 2008

Perkara yang memeritkan....!!!

Hari ini jam 3.34ptg aku telah menerima panggilan dari seorang insan yang meminta aku supaya tidak menghubunginya...sebelum itu aku pernah cuba menghubunginya untuk bertanyakan sesuatu tetapi tidak berjawab.......sumpah aku xtahu yang dier sedang menghadapi masalah kerana sebelum ini dier menghubungi aku dengan baik dan seperti tiada masalah....kalau aku tau dier ader masalah aku xkan hubungi dier....oleh itu aku berjanji kepadanya yang aku xkan menghubunginya lagi......biarlah takdir yang menentukan semuanya......walaupon perit dan pedih ati kerana dimarahi aku terima dengan hati terbuka....aku akan sentiase memaafkanmu....

Wednesday, November 5, 2008

Exam Fever~~!!!!

salam kat semua kengkawan....arinie sy nk tulis pasal exam fever yg berlaku kat diri saya....
pada 29.10.08 sehingga 18.11.08 telah berlangsung final exam untuk semua pelajar2 UiTM di Malaysia..... Termasuklah saya....hmm buat masa nie da lepas 2 paper dah.....hope ok laa... but still to come are the core for my coz.......pada 9.10 dan 18.10 ( kene tutup pintu dewan arr nie.)
hmm so saya berharap saya dapat memberikan yg terbaik dalam final pada sem nie....HArap kengkawan Doa2 kan saya ye....dan nk thanks to all my pensyarah for the ilmu yg diberikan.....i will do my best..... thank you all.......

Monday, October 20, 2008

FuTsaLL~!!!

Alhamdulillah....saya dapat gak menulis lagi kt blog nie....kali nie nak cite pasal futsal lak...bebaru nie saya telah menyertai Pertandingan Futsal Antara Polis Bantuan Malaysia yang di anjurkan Bank Negara Malaysia(BNM) bertempat di Sportplanet Subang pada 18.10.08....Ini tahun ke2 kejohanan ini dianjurkan ....Kejohanan pertama pada tahun lepas Team Futsal Polis Bantuan BNM menjadi Johan....(team saya laa hehe ) tapi pada tahun ini team saya hanya jadi naib johan sahaja apabila kalah pada musuh tradisi Team Futsal Polis Bantuan Pelabuhan Kuantan.....Nk wat camne...da nasib nk kalah....terpakse terima laa....bukan sekadar faktor nasib tapi faktor ketiadaan training yg mencukupi punca kekalahan itu....frust mmg frust laa... Tahun depan kalu nk amik balik piala tu kene laa training kuat skit....Nie gamba skit utk tatapan......

Sebelum Game Bermula...


Sebelum Perlawanan Akhir antara BNM Vs Port Kuantan

Upacara amik Hadiah selaku Ketua Pasukan

Monday, October 13, 2008

Kenapa Ini Semua Terjadi Pada Diriku~!!??

Salam....pekaba semua membaca blog sy..sy nk tulis skit pasal keadaan diri sy skrg....sy bebetul x paham ape yang dimahukan oleh seorang manusia bergelar perempuan..Apa yang seorang perempuan mahukan untuk dirinya...????sungguh saya tidak fahami...Semasa berjumpa nampak seperti gembira dan suka tetapi bila tidak bersua mula tiada berita..memang x paham saya dengan hati perempuan ini....Perasaan saya sekarang seperti lirik lagu ini...

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

[Reff]Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Back to Reff
…. Wooo…Uuhh…Haaa…
Lelah hati ini meyakinkanmu

Cinta ini membunuhku.

Tetapi yang saya pasti saya mungkin tidak sempurna baginya.....
Hopefully dia dapat mencari kebahagiaan untuk dirinya itu doa saya kepadanya..

Friday, October 3, 2008

Raya Tahun 2008

Salam...Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya Maaf Zahir dan Batin..Pada kali nie Saya nak cite skit pasal raya tahun 2008 nie....Raya pada tahun nie saya setia beraya di Kuala Lumpur di mane lagi Taman Keramat la... hehe.... Raya cam biase jek...malam raya saya berjalan di Jalan Masjid India...punye la ramai org ....nk tengok barang pon xdapat..dapat tengok org jek laa....pada first raya...saya sekeluarga (4 keta) telah pulang ke kampung di n9 jek...bukannye jauh balik hari laa... heheh beraya di umah pakcik dan makcik saya...tapi kene laa balik lepas tu sebab saya mula kerja pada raya ke 2....nk wat camne...carik rezeki.... sebagai org K.L raya ke 2 pon x wat pape sgt....lepas kerja...saya bersama beberapa kawan pergi beraya di rumah member di ampang sebelum pergi melatih suara...hehehe now...raya ke 3....skrg pon tengah keje...sempat update blog....ok laa da xtau nk taip ape lg....enjoy this pic ok... :o)

Before Balik Kampung
Makan Di Umah Daus!!!

Bergaya depan NewS KTV
Bebudak Giler Nyanyi~~!!!







Thursday, September 18, 2008

Lelaki yang dikagumi......Rasulullah S.A.W

Dibalik Kehidupan insan Bernama 'Muhammad S.A.W"

Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Baginda juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.



Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
baginda selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan,
baginda cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."


Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?"
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai
kepala keluarga.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit..."
desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan
di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar
bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.


Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"

Diharap Kita sebagai umat Muhammad S.A.W dapat menjadikan kehidupan baginda
sebagai Teladan dan diikuti InsyaAllah.